PARIS: Perancis akan membenarkan pengedar menjual petrol pada harga murah untuk tempoh beberapa bulan, kata Perdana Menteri Elisabeth Borne pada Sabtu, lapor Sputnik.
"Mereka tidak boleh menurunkan harga lagi kerana undang-undang melarang mereka menjual pada harga murah sejak 1963.
"Hari ini saya mengumumkan kepada anda bahawa untuk bahan api sahaja dan untuk tempoh terhad beberapa bulan, kami akan menarik balik larangan itu, sekali gus membolehkan pengedar mengurangkan harga dengan lebih murah," kata Borne.
Beliau berkata langkah itu akan membantu mencapai hasil ketara untuk Perancis tanpa memberi subsidi bahan api.
Sejak 2022, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh Perancis bagi menangani kenaikan harga bahan api.
Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan mahu semua pihak bertanggungjawab, seperti syarikat tenaga TotalEnergies yang mengehadkan harganya pada 1.99 euro (AS$2.12) seliter atau peruncit besar yang beroperasi pada kos.
Harga petrol di Perancis meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan di beberapa stesen minyak, harga sudah melebihi 2 euro seliter.
Awal minggu ini, pemandu di Paris memberitahu RIA Novosti bahawa mereka tidak lagi mampu untuk mengisi penuh tangki minyak dan memiliki kereta kini tidak lagi menguntungkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Borne berkata langkah itu akan membantu mencapai hasil ketara untuk Perancis tanpa memberi subsidi bahan api. - Gambar fail/Reuters
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Perancis akan benarkan bahan api dijual dengan harga murah
Perancis akan membenarkan pengedar menjual petrol pada harga murah untuk tempoh beberapa bulan, kata Perdana Menteri Elisabeth Borne.
Isu pencen: PM Perancis rancang bertemu pemimpin pembangkang, kesatuan pekerja
Elisabeth Borne merancang untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dan kesatuan sekerja dengan harapan dapat menamatkan protes.
Lebih 1 juta sertai protes bantah reformasi pencen di Perancis
Lebih 1 juta rakyat Perancis menyertai protes menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64.
Senat Perancis terima pakai teks pembaharuan pencen
Senat Perancis telah pun menerima pakai teks pembaharuan pencen, kata Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne.
Perancis naikkan umur persaraan kepada 64 tahun menjelang 2030
Mulai 2027, bakal pesara boleh menerima pencen penuh jika mereka mencarum selama 43 tahun.
"Masih boleh membunuh" - PM Perancis beri amaran gelombang baharu COVID-19
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa memberi amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di Perancis, sambil memaklumkan "lebih 40,000 kes baharu" dikesan di negara itu setiap har
Usul undi tidak percaya gagal guling kerajaan Perancis
Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya.
Macron umum Kabinet baharu Perancis di bawah pimpinan Elisabeth Borne
Pelantikan Kabinet diumumkan oleh pejabat Macron dalam satu kenyataan.
Elisabeth Borne dilantik Perdana Menteri Perancis yang baharu
Beliau menjadi wanita kedua memegang jawatan berkenaan dalam sejarah politik negara itu.
COVID-19: Perancis mungkin kembali laksana kaedah WFH
Langkah ini diambil susulan kebimbangan penularan varian Omicron di negara itu.